Tuesday, October 26, 2010

Impian terlaksana...

Assalamualaikum W.B.T
 
        Pertama sekali aku ingin memanjatkan kesyukuran kehadrat ILAHI kerana dengan limpah kurnia dan rahmat daripadaNYA akhirnya terlaksana juga impian aku untuk mempunyai blog sendiri.Impian mempunyai blog ini lahirnya daripada rasa tanggungjawab yang wujud dalam diri dimana aku ingin mencuba untuk berkongsi pegetahuan dan manfaat daripada apa yang  aku lakukan dan tempuhi sehari-harian selama mana aku menjadi seorang manusia yang bergelar muslim ini.Memang sukar untuk menjadi seseorang yang bertanggungjawab terutama memegang tanggunjawab sebagai seseorang muslim.Jadi apa yang diperlukan adalah bagaimana ingin menjalankan segala tanggungjawab yang diberikan secara amanah dan ikhlas??..Hah,yang ni korang pandai-pandai la pikiak(kedah mai) sendiri..Ha2..

Sebenarnya ini adalah pengalaman kali pertama aku menulis blog.Aku tahu,untuk menjadi seorang penulis yang berjaya mestilah memerlukan ilmu pengetahuan .Caranya adalah seperti perbanyakkan membaca.Sebab dengan membaca inilah secara tidak langsung penulisan yang kita buat mampu memberi pengisian yang berguna dan bermanfaat kepada pembaca-pembaca yang lain.Jadi sekiranya aku ada melakukan kesilapan tanpa aku sendiri sedari,aku dahulukan dengan ribuan ampun dan maaf.


BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR,,
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN,
SAYA BUDAK BARU BELAJAR,
JIKA SALAH TOLONG TUNJUKKAN

No comments:

Post a Comment