Wednesday, October 27, 2010

Jaga Kesihatan!!

Beberapa minggu kebelakangan ni aku perhatikan ramai kawan-kawan yang tidak sihat dan jatuh sakit disebabkan demam,batuk,selsema dan sebagainya.Mungkin aku rasa ia berpunca daripada faktor persekitaran yang mana aku lihat kawasan disemenanjung utara ini menunjukkan keadaan cuaca yang tidak menentu.Sekejapa panas,sekejap hujan dan kadang-kadang cuaca yang tidak disangka pun boleh berlaku.



Dalam beberapa hari ini,aku juga ditimpa masalah yang sama,aku demam,batuk dan selsema.Antara faktor adalah mungkin aku dijangkiti virus daripada rakan-rakan yang lain.Tapi sebelum itu aku telah menerima batuk yang lama.Aku sendiri musykil bagaimana batuk aku ni ley jadi serius padahal aku dah minum ubat batuk setiap hari.Dalam keadaan demam ni,faham-faham je la kan,semua benda yang nak dibuat  takde semangat.

Semalam kawan aku ada ajak pergi klas akhir Stat Gun pon aku terpaksa tolak disebabkan kondisi badan aku yang agak lemah.Malam semalam,ada post mortem bagi prog. seminar keusahawanan islam .Meeting tu juga aku xdapat pergi sebab selsema aku yang agak kritikal.Kesian pada pengarah projek.Dahla AJK xrmi,bler aku xdtg makin xramai la yang datang post Motemnyer.Ntah-ntah malam tadi pon xramai datang jugak sebab aku nampak rumet kepada Pengarah Projek pon xdatang and dier lepak kat bilik aku.Saba jela pengarah ye..Ha3..

Kalau ikutkan hati memang aku nak datang,tapi bak orang cakap"IKUT HATI MATI,IKUT KATA BINASA"..so aku buatla yang mana yang terbaik untuk diri aku.ha3..Malam ni  pon ada lagi satu meeting.Waduh2 dong..Asyik meeting aja..Malam ni adalah perjumpaan kali pertama Bagi MT dan EXCO kelab pentadbiran muamalat yang baru dilantik.Jadi aku tak pasti sama ada aku dapat join meeting tu ataupon tak.kalau badan aku ok,aku g la..Lau tak,ermmm..Paham2 sudah..hu2

Sebut Pasal kesihatan ni aku rase tak semua orang tahu macam mane nak jaga kesihatan dengan cara yang betul.Bak kata pepatah,mencegah lebih baik daripada mengubatinya.Jadi aku rase lebih baik kita mencegah dahulu sebelum kita mengubatinya.Dibawah ni aku ada selitkan beberapa tips untuk menjaga kesihatan dengan cara yang betul.Jadi aku rasa korang semua bolehlah amalkan untuk penjagaan kesitan korang.

Tips-Tips Kesihatan Sepanjang Hari.
  1. Besenam dan Beriadah
  2. Mengawal Pemakanan

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan).

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan.

4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernahmenegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita. 


5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Bagi aku,dalam menjaga kesihatan ni,faktor yang paling utama adalah bagaimana korang semua mengawal pemakanan korang.Jadi  sebelum memilih makanan,fikirkan sebab dan musabab atas pengambilan pemakanan tersebut.Tips-tips yang diberikan diatas sebenarnya adalah sebahagian daripada langkah-langlah penjagaan kesihatan.Jadi nasihat saya adalah jagelah kesihatan anda.

AMALKAN CARA HIDUP YANG SIHAT

Tuesday, October 26, 2010

Impian terlaksana...

Assalamualaikum W.B.T
 
        Pertama sekali aku ingin memanjatkan kesyukuran kehadrat ILAHI kerana dengan limpah kurnia dan rahmat daripadaNYA akhirnya terlaksana juga impian aku untuk mempunyai blog sendiri.Impian mempunyai blog ini lahirnya daripada rasa tanggungjawab yang wujud dalam diri dimana aku ingin mencuba untuk berkongsi pegetahuan dan manfaat daripada apa yang  aku lakukan dan tempuhi sehari-harian selama mana aku menjadi seorang manusia yang bergelar muslim ini.Memang sukar untuk menjadi seseorang yang bertanggungjawab terutama memegang tanggunjawab sebagai seseorang muslim.Jadi apa yang diperlukan adalah bagaimana ingin menjalankan segala tanggungjawab yang diberikan secara amanah dan ikhlas??..Hah,yang ni korang pandai-pandai la pikiak(kedah mai) sendiri..Ha2..

Sebenarnya ini adalah pengalaman kali pertama aku menulis blog.Aku tahu,untuk menjadi seorang penulis yang berjaya mestilah memerlukan ilmu pengetahuan .Caranya adalah seperti perbanyakkan membaca.Sebab dengan membaca inilah secara tidak langsung penulisan yang kita buat mampu memberi pengisian yang berguna dan bermanfaat kepada pembaca-pembaca yang lain.Jadi sekiranya aku ada melakukan kesilapan tanpa aku sendiri sedari,aku dahulukan dengan ribuan ampun dan maaf.


BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR,,
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN,
SAYA BUDAK BARU BELAJAR,
JIKA SALAH TOLONG TUNJUKKAN